Laman yang baru disusun semula ini akan lebih berkonsep santai dengan memuatkan hampir keseluruhan butik yang juga menjadi kediaman pemilik Sutinah Collection. Jika anda mempunyai masa terhad , sila pilih rangkaian yang berkaitan sahaja - administrator.
Dulu dari Alma ke Aked Mara BM kerana premis mengalami kerosakan dan mengambil masa untuk diperbaiki. Dari Aked Mara ke Lot 2075, Tanah Liat kerana ingin memperkembangkan lagi perniagaan...lagipun Akid Mara makin muram sejak stesyen bas berpindah tempat. Dari Lot tersebut ke tempat terkini yang juga di kawasan Tanah Liat ialah kami memang sudah lama idamkan premis yang 'independant' dan yang pasti Lot 2075 akan dinaikkan sewa ....so.....gud bai 2075!!!
2002, Mukim 9, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Imej asal premis sekarang waktu mula-mula kami ambil alih dari tuan yang empunya. 2002 ini mempunyai 5 bilik dan 4 ruang yang berbeza. Terletak disalah satu dari 4 rangkaian tanah lot milik sekeluarga yang kini menetap di KL. Kami terima amanah untuk menjaga 2002 sepertimana 'aggrement' dengan tuan empunya selain dari status kami sebagai penyewa.
1987 - 1990 - Tina Fashion di Super Kinta, Ipoh, Perak.
1991 -1996 - Kedai Jahit Sutinah di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
1997 - 2003 - Sutinah Collection, Aked Mara, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
2004 - 2006 - Sutinah Collection, Lot 2075, Mukim 9, Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
2007 - sehingga diizinkan - Sutinah Collection, 2002, Tanah Liat, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Buat pertama kalinya kami diuji dengan kehadiran bencana monsun Barat Laut pada 16 Apr 2007. Namun beberapa langkah naik taraf bagi mengatasinya sedang dijalankan.