Pemilik Sutinah Collection memerhatikan perkembangan banjir diluar ruang pengantin pada tarikh berkenaan. Lagi berita banjir di sini.

Ruang pengantin yang dimasuki banjir pada 22 Julai 2007 iaitu ujian kedua sejak kami berpindah ke premis baru ini..
Ruang ini hanyalah sementara. Penambahan 'show room' masih dalam perancangan termasuk memindahkan ruang yang ada sekarang ke ruang lain yang bersambung dengan 'show room'. Kami menjangka dengan siapnya 'show room' ini kelak, Sutinah Collection akan lebih 'expose' pada pandangan ramai.
Set meja buatan besi dan cermin ini dibeli dikedai perabut terpakai di Parit Buntar, Perak. Sekali imbas set ini pernah keluar TV membicarakan tentang designer Razdwan Razwil. Sesekali kerusinya boleh kami gunakan untuk set pelamin yang ada kaitan dengan buatan besi dengan warna keemasan.